Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

KEISTIMEWAAN BUAH TUNJUK LANGIT

Buah TUNJUK LANGIT

 

telah mendapat perhatian di mata dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah tersebut.

 

Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan disamping meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia. Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.

 

Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.

 

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.

 

Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.

 

CARA MAKAN BUAH TUNJUK LANGIT

 

Cara yang biasa orang-orang dulu makan hanya dikunyah begitu sahaja,ambil sekeping buah tunjuk langit kunyah hingga lumat dan terus ditelan,rasanya memang pahit tapi berbaloi dengan hasilnya.

 

BAHAN AKTIF PENTING DALAM BUAH TUNJUK LANGIT.

 

1. FLAVONOIDS

 

Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

 

2. SAPONINS Saponins di dalam buah TUNJUK LANGIT dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

 

3. BITTER ALKALOIDS

 

di dalam buah TUNJUK LANGIT adalah unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah TUNJUK LANGIT adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja.

 

Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.

 

Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik. Untuk maklumat lanjut dan lebih tepat sila buat carian internet.

 

Kita Hanya Berikhtiar, Tuhan Yang Menyembuhkan.
0 Komentar untuk "KEISTIMEWAAN BUAH TUNJUK LANGIT"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info