Hadith from Rasulallah s.a.w
"It is always unfortunate to die without wasiat"
"Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat"
Keperluan berwasiat
WASIAT Executor Apply For Probate & Sijil Faraid Declaration Of Harta Sepencarian Distribute 2/3 1/3
100% FOLLOW Faraid Heirs Name Sijil Faraid Proses Above 1 Year so longer time needed toa distribute assets
NO WASIAT Choose Administrator Value The Estate Provide 2 Sureties Apply for Letter of Administration & Sijil Faraid
100% FOLLOW Faraid Heirs Name Sijil Faraid Proses Above 1 Year so longer time needed toa distribute assets
Wasiat & Perancangan Pewarisan
Ramai yang mengelak apabila hendak membincangkan persoalan berkaitan Wasiat dan harta pusaka. Tetapi bagaimana pentingnya kita merancang untuk persaraan dan pendidikan anak-anak, perancangan perwarisan adalah sama penting. Ini adalah kerana perancangan yang baik akan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk ahli keluarga yang kita sayangi. Tanpa perancangan, kemungkinan waris akan mengalami beban kewangan dan tekanan emosi dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersayang.
Merancang dengan menulis Wasiat serta kaedah-kaedah lain perancangan perwarisan seperti Harta Sepencarian, Hibah, Amanah dan Waqf memberi peluang kepada anda menyatakan hasrat kepada ahli keluarga tersayang bagaimana menguruskan harta pusaka peninggalan dengan cara yang baik dan bermanfaat serta adil kepada waris. Di samping itu, bagi seorang Muslim anda juga boleh merancang untuk pelaburan di akhirat melalui amal jari’ah.
Ketahui lebih lanjut tentang kaedah-kaedah perancangan harta pusaka Islam dan bagaimana aplikasinya untuk manfaat keluarga anda:
1. Wasiat - dokumen penting yang menyatakan amanah & pesanan kepada waris-waris 2. Harta Sepencarian – deklarasi hakmilik dan perkongsian kepada aset yang diperolehi bersama oleh suami isteri selepas perkahwinan 3. Hibah – deklarasi pemberian aset dan amanah kepada penerima sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan 4. Waqaf - suatu pelaburan untuk Akhirat dengan membuat amanah untuk aset yang dimiliki bagi tujuan amal jariah dan mendapat keredhaan Allah semata-mata
Amanah - dokumen pindahmilik aset yang diamanahkan kepada suatu entiti bagi tujuan tertentu yang ditetapkan oleh pemberi amanah sebagai contoh untuk pendidikan, saraan hidup dan kebajikan kepada benefisiari
Demikian permasalah yang wujud antara ibu dan anak berhubung wasiat, persefahaman ini akan mendatangkan permasalahan dan keruntuhan institusi kekeluargaan.
Apabila perkara berkaitan harta yang ditinggalkan dan tidak diwasiatkan inilah akan menjadi permasalahan, Jadi marilah segera bertindak agar harta yang ditinggalkan tidak menjadi beban kepada waris malahan ia menjadi wajid untuk dilakukan
OK saya berada di Kuantan jika berminat untuk urusan wasiat hubungi saya di talian 012-3513407, mungkin saya boleh membantu
WASIAT | NO WASIAT |
---|---|
Executor | Choose Administrator |
Apply For Probate & Sijil Faraid | Value The Estate |
Declaration Of Harta Sepencarian | Provide 2 Sureties |
Distribute | Apply for Letter of Administration & Sijil Faraid |
0 Komentar untuk "Apakah Itu Wasiat"