Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD

Sumber Sinar Harian
SHAH ALAM - Pas tidak akan berganjak dengan pendirian mereka untuk terus memperjuangkan hukum hudud walaupun menerima tentangan hebat daripada rakan pakatan. Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, walaupun berada di bawah satu rumpun perjuangan, perbezaan dasar perjuangan setiap parti dalam PR tidak dapat dielakkan. “Hudud di Kelantan wujud sebelum ada PR, jadi mengapa perlu dibangkitkan tentang perkara ini. “Jelas sekali perkara ini mendahului PR dan kita (rakan pakatan) perlu mengiktiraf sesuatu (hudud) yang telah wujud terlebih dahulu," katanya, semalam. Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan PR perlu bertegas tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang itu ingin merampas pentadbiran Putrajaya pada PRU14. Guan Eng berkata, pendirian PR perlu jelas dan tegas bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak. Mustafa bagaimanapun menegaskan, kenyataan serta pendirian Guan Eng itu bertentangan dengan pendirian asal DAP dalam PR. “Sebenarnya beliau (Guan Eng) telah menukar pendirian mereka yang sebelum ini... ia pendirian baharu mereka dan saya tidak tahu apa tujuan perjuangan mereka. “Kita pernah berbincang perkara ini (hudud) dengan jelas dengan rakan pakatan pada 2011 dan semua mengiktiraf perjuangan Pas,” katanya. Ditanya sama ada Pas akan kekal bersama PR walaupun ditekan agar menggugurkan perjuangan melaksanakan hudud, beliau menjawab ringkas: “Ya, kita (Pas) akan tetap bersama PR”. Sementara itu, mengulas pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Guan Eng bahawa orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH, Mustafa berkata, Anwar mempunyai pandangannya tersendiri berhubung isu berkenaan. Mustafa menambah, tidak ada larangan terhadap penggunaan kalimah ALLAH tetapi ia tidak boleh disalahgunakan. “Jangan salah guna kalimah ALLAH dengan membawa maksud triniti iaitu satu tuhan tetapi mengandungi tiga peribadi berbeza,” katanya.
0 Komentar untuk "PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info