Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan RM500 untuk isi rumah yang terjejas dengan banjir.

 

Alhamdulillah. Baguslah ada bantuan segera begini, setidaknya ada juga berita gembira buat mereka yang sedang berasa sayu dan hiba. Pasca banjir memang perlukan lebih banyak bantuan, dilaporkan hampir RM1billion juga diperlukan untuk pulihkan keadaan di negeri-negeri terlibat banjir Disember 2014.

 

Bantuan RM500 dilaporkan oleh media massa arus perdana akan diberikan kepada semua isi rumah yang terjejas banjir. Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di dalam satu mesyuarat pasca banjir di Pahang. Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir

 

Pemberian bantuan ini saya difahamkan akan melibatkan lebih 82,000 isi rumah yang berdaftar dan telah disahkan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Kebajikan Masyarakat, ini termasuklah kepada isi rumah yang tidak berpindah ke pusat pemulihan tetapi rumah kediaman terjejas dengan banjir besar berlaku terutama di Pantai Timur Semenangjung Malaysia.

 

Bantuan RM500 akan diberikan secara tunai kepada isi rumah mangsa banjir terbabit. Bila? Itu saya tidak pastilah pulak ... kena tunggu laporan dari pihak berwajib akan datang.

 

Bantuan RM500 Adalah Prosedur Biasa Setiap Kali Banjir Berlaku

 

Pemberian bantuan tunai RM500 ini adalah memang prosedur biasa bila berlaku bencana banjir. Mana-mana isi rumah yang terlibat banjir tak kira mana tempat, dan masa akan terima bantuan ini dari kerajaan, asalkan berdaftar menerusi saluran yang disediakan.

 

sumber info blog hasanrullah..tq
0 Komentar untuk "Bantuan RM500 Untuk Isi Rumah Terjejas Banjir "
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info