DIDIK ANAK HENTI PAKAI LAMPIN PAKAI
BUANG
Lampin pakai buang(pampers) sudah boleh
dihentikan pemakaiannya apabila usia si
kecil mencecah 2-3 tahun ke atas.Pada usia
2 tahun,anda sudah boleh melatih anak
sedikit demi sedikit untuk ke tandas.Ada
cara tertentu untuk melatih anak secara
berperingkat mengikut usianya.
Bila masa yang sesuai dipraktikkan :
1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan
bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil
sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika
anda sudah boleh melatihnya membuang
air kecil dan air besar di bilik air.
2. Latih si kecil memberi isyarat atau
memberitahu anda apabila ingin
membuang air kecil atau air
besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk
buang air kecil.
3. Untuk permulaan cuba hentikan
pemakaian lampin pakai buang pada 2-3
jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda
lakukan sendiri atau minta bantuan dari
penjaganya.
4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit
sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu
membiasakan dirinya tanpa lampin pakai
buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana
dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap
kencing.
5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih
untuk masa yang lebih lama daripada
biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama
ada dia ingin ke bilik air atau tidak.
6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil
terkencing tanpa sempat memberitahu
anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah
perkara biasa kerana si kecil belum tahu
atau sedar cara mengawal pundi
kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan
lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil
masa yang lama.
7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si
kecil biasanya sudah boleh bercakap
dengan jelas dan tahu bila masa ingin
membuang air kecil.Bagaimanapun anda
masih perlu mengingatkannya dari semasa
ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah
terleka terutama apabila sedang bermain.
8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya
sudah tidak mempunyai masalah untuk ke
bilik air sendiri.Mereka sudah boleh
mengawal pundi kencing.
9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada
usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai
buang ataupun dialas dengan tikar kalis air
ketika tidur malam.
10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh
melatih anak supaya ke tandas terlebih
dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan
dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke
bilik air.Usaha anda pasti tidak akan
mengecewakan apabila si kecil sudah boleh
bangun sendiri untuk ke bilik air apabila
terasa ingin membuang air kecil.
Perkara perlu dielakkan:
1. Memakai lampin pakai buang sehingga
melebihi usia 3 tahun ke atas.
2. Memakai lampin pakai buang di waktu
malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
3. Memakai lampin pakai buang setiap kali
keluar.
4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh
terhenti dengan sendiri.
5. Memarahi atau memukul apabila si kecil
terkencing tanpa memberitahu.
0 Komentar untuk "DIDIK ANAK HENTI PAKAI LAMPIN PAKAI BUANG"