Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Dua Lagi Mayat Dikenal Pasti Dan Badan Pesawat Qz8501 Dikesan - Air Asia

ALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dua lagi mayat mangsa penerbangan QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti hari ini.

 

Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.

 

AirAsia dalam kenyataan terkininya malam ini juga menyatakan bahawa Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.

 

Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.

 

"Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA
0 Komentar untuk "Dua Lagi Mayat Dikenal Pasti Dan Badan Pesawat Qz8501 Dikesan - Air Asia"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info