Rupa sel kanser dari mikroskop digital;
Kanser kini telah dikaji secara terperinci, dengan alatan moden dan juga ramai doktor yang mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Apakah Kanser?
Kemungkinan wanita mendapat kanser payudara adalah 1 dari 8 orang, sementara lelaki menghadapi risiko diserang kanser prostat adalah 1 dari 9 orang. Satu dari 3 orang yang hidup di Amerika ketika ini diserang sesuatu kanser semasa hidup. Kanser adalah penyakit kedua terbanyak setelah penyakit jantung sebagai penyebab kematian utama..Seperti penyakit jantung, kanser juga belum diketahui ubatnya secara pasti. Seringkali pengubatannya sama parah seperti penyakitnya. Pertahanan yang paling baik adalah pencegahan kerana kebanyakan kanser boleh dicegah.
Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam tubuh. Cuma mengapa seseorang itu tidak diserang kanser adalah kerana sistem kekebalannya dapat menghancurka sel kanser sebelum ia sempat merebak. Selama sistem kekebalan berfungsi dengan baik, maka tidak perlu khuatir dengan penyakit ini. Athur I.Holleb, M.D.,wakil ketua senior Medical Affairs for American Cancer Society berkata,” Hanya ketika sistem kekebalan tidak mampu menghancurkan sel berbahaya ini maka penyakit kanser akan berkembang”.Dengan kata lain, kanser hanya boleh berkembang pada orang yang sistem kekebalannya terganggu atau lemah sehingga tidak mampu memberikan pertahanan yang baik. Dr Holleb tidak menetapkan bahawa efisiensi sistem kekebalan hanya mempengaruhi kanser paru-paru, kanser payudara atau leukemia, tetapi ia dapat mempengaruhi semua kanser. Hal ini bererti bahawa meskipun dalam tubuh mempunyai zat-zat karsigonik, jika sistem kekebalan berfungsi dengan baik, maka kanser tidak akan dapat berkembang .Maka sistem kekebalan yang sihat dan baik,merupakan unsur utama dalam pencegahan kanser.
Ada beberapa hal yang dapat dilakukan untuk memperbaiki sistem kekebalan dan membantu mencegah timbulnya penyakit kanser, seperti makan makanan yang sihat, melakukan olahraga secara teratur, mengurangi stress dan masa rehat yang cukup. Sebaiknya menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan risiko terserang kanser seperti merokok, dan mengambil minyak sayur yang telah dirosakkan oleh kepanasan semasa pemerosesan. Sebagaimana telah disebut sebelum ini, minyak sayur yang telah mengalami banyak perubahan sangat mempengaruhi sistem kekebalan.
Tubuh manusia selalu dikelilingi oleh bakteria yang mengganggu, dan banyak diantaranya dapat masuk ke dalam tubuh. Ketika itu sel darah putih pada sistem kekebalan secara terus menerus menyerang mikroorganisma tersebut disamping berperanan membersihkan sel penyakit dan sel kanser. Jika ketika bakteria masuk ke dalam tubuh sedangkan sistem kekebalan dalam kondisi yang lemah, sel darah putih akan terpaksa bekerja keras. Diwaktu itu sistem kekebalan tidak akan mampu membersihkan sel-sel kanser secara efektif, maka sel kanser akan dapat berkembang dan menyebar tanpa hambatan.
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNAtumor (“bengkak” dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignantbenign (bukan barah). Hanya tumor malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing. menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan (barah) atau Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi. Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.
Tanda tanda penyakit kanser
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
• Simptom tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
• ‘Simptom metastasis (merebak): nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
• Simptom sistemik: penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon. Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.
Pencegahan dan pengesanan awal kanser
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah. Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:
• Pemeriksaan payu dara sendiri ( breast self-examination ) dan penyaringan mammogram berkala
• Pap smear
• Pemeriksaan kerandut zakar sendiri ( testicular self-examination ) – untuk lelaki berusia 15 tahun
• Pemeriksaan prostat +/- aras serum asid phosphatase
• Ujian darah tahunan untuk mengesan antigen khusus prostat ( prostate specific antigen ).
• Ujian darah najis okult ( fecal occult blood test ) atau ujian najis guaiak (stool guaiac testing) dan kolonoskopi (usia melebihi 50, atau lebih awal sekiranya terdapat faktor risiko)
Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya. Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.
MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT KANSER DENGAN BIJI APRICOT VITAMIN B17
Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Mencegah kanser di peringkat awal
Terdapat banyak faktor yang membawa kepada pembentukan kanser, daripada bahan kimia (chemical), radiasi, virus dan perwarisan daripada ahli keluarga. Prosesnya melibatkan perubahan pada DNA sel-sel, dan menyebabkan sel itu membahagi dengan tidak terkawal. Tumor (ketumbuhan) yang terbentuk itu akan mengganggu fungsi organ yang terlibat, dan akan merebak ke organ lain (metastasis). Salah satu simptom untuk mengetahui bahawa kita mempunyai kanser ialah penurunan berat badan dan kurang selera makan, kerana sel-sel yang abnormal ini berupaya menarik nutrient untuk proses pembahagiannya.
Kaedah rawatan konvensional masa kini, lebih tertumpu kepada chemotherapy dan pembedahan. Chemotherapy secara umumnya bertujuan menghapuskan sel-sel yang rosak tersebut, atau menghentikan tumbesarannya. Kelemahan rawatan ini ialah kesan sampingannya yang teruk dan menyakitkan. Pembedahan pula bertujuan membuang sel-sel yang rosak itu, terutama yang masih kecil dan belum merebak. Hasilnya selalunya menyebabkan pesakit itu terpaksa mengorbankan sebahagian organnya, dan sesetengah pembedahan juga boleh menyebabkan kanser tersebut merebak kebahagian yang lain. Kos rawatan juga sangat tinggi, tidak semua orang boleh menerima rawatan ini, terutama mereka dari golongan miskin dan sederhana.
Oleh itu, kita perlulah berusaha mencegahnya,. Tidak susah, pencegahannya boleh dilakukan oleh sesiapa saja, iaitu dengan menjaga pemakanan kita. Diet yang seimbang dan pemilihan yang betul akan membantu kita mencegah kanser. Guide to Foods that Help Prevent Cancer
Pertama, kita perlu kurangkan makanan berlemak. Lemak binatang yang terdiri daripada lemak tepu (saturated fats) didapati sebagai salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan kanser. Minyak tumbuhan yang dihasilkan melalui proses pemanasan pula terdiri dari trans fat, atau nama lainnya hydrogenated fat. Lemak ini sangat merbahaya, bukan saja membawa kepada penyakit jantung, malah boleh menyebabkan kanser. Antara bahan yang mengandungi banyak trans fat ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng yang menggunakan minyak yang sama berulang kali.
Saturated fats and Intestinal Cancer Trans fat linked to Breast Cancer Kedua, mengurangkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing, dan juga daging yang diproses (sosej, berger). Prospective study yang dijalankan terhadap 500,000 orang, mendapati seramai 53,396 orang mendapat kanser selepas 8.2 tahun. Daging merah dan daging yang diproses didapati positif terhadap kanser usus dan paru-paru, disamping meningkatkan risiko mendapat kanser esophagus dan hati (liver).
Red and Processed Meat relation to Cancer Risk Ketiga, perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran, terutama yang mempunyai kandungan Vitamin A,C, E, beta carotene dan mineral. Vitamin C merupakan antioxidant berbentuk larut air (water-soluble) yang utama, manakala vitamin E pula sebagai antioxidant berbentuk larut lemak (fat-soluble). Antioxidant berfungsi melindungi sel daripada radikal bebas (free radical), yang merupakan penyebab kepada terjadinya kanser. Vitamin A dan beta-carotene (provitamin A) juga didapati dapat mencegah kanser, kerana fungsi utama vitamin ini ialah mengawal pertumbuhan dan pembezaan sel-sel badan. Kekurangan fungsi tersebut membawa kepada pembentukan kanser, dimana sel tersebut membentuk tisu jenis yang lain dan bukan sel yang sepatutnya.
Antioxidant and Cancer Prevention
Vitamin C terdapat banyak dalam buah-buahan sitrus, vitamin E dalam sayur-sayuran hijau dan beta-carotene dalam buah dan sayur yang mengandungi kandungan warna tinggi seperti lobak merah, apricot
0 Komentar untuk "Penawar Kanser vitamin B17 Dari Biji apricot"