Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 1

Ramai juga rupanya dikalangan kawan-kawan admin bertanya tentang hal ini. Membuat pinjaman bank untuk pelaburan ASB; atau mana-mana pelaburan lain dengan cara meminjam bank di bank atau institusi kewangan yang lain dan wang itu dilaburkan semula di suatu tempat untuk tujuan mendapat keuntungan.
Baiklah. Untuk hujah berkaitan halal haram isu pinjam duit untuk menambah duit neh admin serah kepada yang lebih pakar. Banyak hujah tentang aspek agama neh dalam internet. Anda kena rajin google jer. Admin bagi hujah bukan dari aspek agama tetapi dari aspek matematik, iaitu aspek mengira. Ramai malas atau tak tahu nak kira. Jadi admin cuba kirakan. Jika tak betul sila betulkan pengiraan yang admin buat neh...
Andaian pengiraan admin ialah seperti berikut:
1. Pinjaman bank yang hendak dibuat ialah RM100,000 dengan tempoh pinjaman 25 tahun.
2. Kadar dividen diberi oleh ASB ialah 6% setahun sepanjang tempoh. 
3. Dividen atas baki terendah tahunan (bukan atas baki bulanan).
4. Kedua dua pengiraan ialah simpanan / dividen hanya dikeluarkan selepas 25 tahun (tempoh matang).
Admin ambil jadual bayaran balik untuk jumlah pinjaman RM100,000 dari laman web Maybank dengan pembiayaan ASB Financing-i (produk pembiayaan Islamic Maybank). Ini sebagai suatu contoh pengiraan sahaja. 
 


Berdasarkan jadual di atas, bayaran bulanan untuk RM100,000 bagi tempoh 25 tahun ialah RM598 sebulan. Admin akan bundarkan menjadi RM600. Senang nak kira. 
Jadi, selama 25 tahun anda akan membayar balik kepada pihak Maybank sebanyak : RM600 x 12 bulan x 25 tahun = RM180,000.
Jumlah wang yang anda akan dapat adalah seperti jadual di bawah. Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.
 
Berdasarkan jadual 1 di atas, dengan andaian-andaian yang diberi seperti diperenggan awal, jumlah wang yang akan anda dapat ialah RM429,187 iaitu jumlah wang pinjaman RM100,000 di tambah dengan dividen selama tempoh itu (25 tahun). Banyak bukan ?
Anda silap. Itu bukan jumlah bersih yang anda dapat. Setiap bulan anda membayar RM600 untuk pinjaman bagi mendapatkan wang RM100,000 itu. Kosnya ialah RM180,000 bagi tempoh 25 tahun itu.
Hasilnya, pendapatan bersih anda ialah hanya RM249,187 sahaja.
Sekarang, andaikan pula jika anda menyimpan sendiri RM600 setiap bulan tanpa membuat apa-apa pinjaman dari bank.
Simpan secara konsisten selama tempoh yang sama seperti pengiraan di atas, iaitu selama 25 tahun dan renungkan jadual di bawah (jadual 2).
 
 Dalam jadual 2, memang dana permulaan anda sangat rendah. Hanya berjumlah RM7,200 untuk tahun pertama. Teruskan menyimpan secara konsisten dan hasilnya pada akhir tempoh 25 tahun itu, wang anda ialah sebanyak RM395,024. Cara kira dividen admin gunakan cara baki terendah tahunan untuk memudahkan pengiraan. Jika guna baki terendah bulanan jumlahnya akan lebih tinggi. Selain itu, admin abaikan dividen untuk tahun pertama tersebut. 
Adakah anda perlu membayar RM180,000 untuk pinjaman bank ? Sudah tentu tidak kerana anda tidak membuat apa-apa pinjaman. Ia adalah wang anda sepenuhnya. 
Berapa beza jika anda membuat pinjaman bank dengan menyimpan secara konsisten?
RM395,024 - RM249,187 = RM145,837
Bagi admin, ia adalah jumlah yang sangat banyak. Secara purata, ia berjumlah RM486 sebulan !
Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman untuk pelaburan seperti ASB, admin cadangkan untuk anda hentikan niat tersebut dan mulalah menyimpan secara konsisten tanpa membuat apa-apa pinjaman bank. Namun begitu, ini hanyalah pengiraan secara matematik sahaja. Faktor yang lain perlu diambil kira juga. 
Selamat menyimpan !
0 Komentar untuk "Pinjaman Bank ASB ? Baik Hindarkan Segera - Part 1 "
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info