Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) - Syarat Kelayakan
Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) - Syarat Kelayakan. Sebenarnya saya tertarik dengan penawaran yang dilancarkan menerusi PR1MA atau Perumahan Rakyat 1 Malaysia ini. Ia memudahkan dan memberi peluang untuk golongan pendapatan renda serta sederhana untuk memiliki rumah atau mendapatkan rumah bagi tujuan pelaburan. Seharusnya peluang sebegini diambil dan direbut terutama mereka yang baru bekerjaya atau sudah mula mahu melangkah ke satu status baru dalam hidup - sendirian ke berkeluarga.
Kepada anda, inilah peluang yang perlu anda rebut. Pejam dan pekak telinga mengenai keperluan lain, contohnya kereta pakaian berjenama. Lebih penting ialah mendapatkan rumah sendiri yang tak perlu lagi nak disewa-sewa. Lebih baik anda bayar duit bulanan untuk dapatkan rumah sendiri dari anda bayar duit sewa untuk penyewa langsaikan hutang pinjaman, atau bayar duit kereta yang susut nilai dari tahun ke tahun tu.
Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)
Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) - Syarat Kelayakan
PR1MA ini membuka peluang ini kepada anda. Syarat dan kelayakkan untuk memohon adalah seperti berikut:
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Syarat asas lain termasuklah
Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
Jika semua perkara disebutkan di atas dipersetujui, maka anda boleh membuat pendaftaran secara online di sini: Pendaftaran PR1MA
0 Komentar untuk "Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PRIMA"