Saya secara jujurnya tidak tahu menahu, tetapi apabila melihatkan trafik blog tetiba mencanak kerana satu entri lama saya mengenai kekasih hati Hanis Zalikha, maka saya pun mencarilah sebab mengapa ia berlaku. Dan... nah ... Hanis Zalikha dilamar oleh Hairul Azreen secara siarang langsung dalam satu konsert akhir anjuran Astro. Perghhh .....
Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen Tahniah Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen Rentetan Peristiwa Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Secara Langsung oleh Hairul Azreen Berikut adalah kronologi peristiwa 4 Januari 2015 kira-kira jam 11:00 malam yang sempat saya cedok dan olah dari laman Mangga Online.
Pelakon kacak Hairul Azreen muncul bersama barisan penari latar semasa persembahan kumpulan Kristal. Pada ketika itu, pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjemput Hanis untuk naik ke pentas.
Hairul Azreen ucap pada Hanis Zalikha bahawa dia mahu Hanis menjadi isterinya.. dan penonton bersorak tanda terkejut bercampur gembira (kot).
Maka, dipertontonkan di skrin besar satu klip video yang menunjukkan apa yang akan dilakukan oleh Hairul Azreen mendapat restu keluarga Hanis Zalikha dan ...
Kemudian, Hairul keluarkan sebentuk cincin belah rotan lalu keluarlah dialog ini:
“Ini bukan cincin tunang dan bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan saya. Sudikah awak menjadi isteri saya?” ujar Hairul.
Tersipu-sipu Hanis Zalikha di situ sambil tersenyum.
Hanis yang agak terkejut dengan lamaran tersebut dan membalas jawapan, “Insya-Allah, thank you." Sekali lagi Hairul mengulangnya dengan bertanya "Yes or No?".
Hanis membalas, "YES'.
.. begitulah adanya.
lagi cerita pasal Hanis zulaikha
0 Komentar untuk "Tahniah Hanis Zalikha Dilamar Menjadi Isteri Hairul Azreen"