Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014. Sayu hati melihat kesan banjir yang melanda daerah Gua Musang, Kelantan. Video yang saya kongsikan ini adalah rakaman video kesan banjir yang telah melanda Kampung Kerinting, Gua Musang, Kelantan.
Keadaan banjir di Gua Musang pada ketika entri ini ditulis telah semakin surut, dan membolehkan beberapa penduduk kampung yang terlibat dengan banjir Malaysia Disember 2014 melihat impak kesan banjir di kediaman masing-masing. Video Kesan Banjir Gua Musang Disember 2014
Video merakamkan keadaan Kampung Kerinting, Gua Musang yang terjejas teruk, seolah dilanda badai Tsunami. Rumah kediaman penduduk kampung ada yang ranap, musnah 100 peratus. Kenderaan tersadai rosak teruk. Ada kenderaan yang terbalik serta bertindihan sesama sendiri. Ada kenderaan kelihatan tersandai setelah merempuh rumah kediaman penduduk. Tanam-tanaman musnah. Lumpur sana-sini. Memang sayu hati melihatnya.
esungguhnya dugaan besar banjir Malaysia Disember 2014 ini. Banyak negeri terjejas dengan banjir, dan kebanyakkan tempat dan kawasan yang teruk menerima kesan dan impak banjir adalah negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ramai mangsa terlibat banjir kali ini tidak menyangka banjir Disember 2014 ini paling buruk pernah mereka alami. Ia benar-benar di luar dugaan. Jadi, tidak hairanlah kenapa dan mengapa kemusnahan akibat banjir amat tinggi kali ini. Video kesan banjir di Gua Musang, Disember 2014
Penduduk di beberapa buah kampung sekitar daerah Gua Musang misalnya, akui banjir Disember 2014 ini adalah banjir paling buruk pernah berlaku.
Kesan kemusnahan di Manik Urai Kelantan Moga Allah permudahkan urusan mangsa-mangsa banjir
0 Komentar untuk "VIDEO KESAN BANJIR DI GUA MUSANG/KG KERINTING"