Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Berebut Harta akibat Jahil Agama

Perang Periuk

Hubungan Napa Dan anak renggang kerana berebut harta motorsikal kapcai dan adik beradik berebut Peri UK belanga.Itulah antara perang singing atau retaknya hubungan keluarga berpunca harta puaka.

Huru-Hara Rebut Kapcai

Nilai harta menjadi persoalan kebanyakkan orang, kerana sesetengahnya beranggapan bahawa nilai yang besar sahaja perlu membuat wasiat. Hakikatnya tidak kerana kejahilan berhubung perihal wasiat menyebabkan keharmonian rumahtangga menjadi retak berikut terdapat 4 kes melibat harta pusaka.

Kes 1

Enam adik beradik bermasam muka sejak 2011 hingga sekarang kerana berebut periuk belanga yang menjadi harta pusaka warisan arwah bapa mereka seorang Tukang masak kenduri kahwin.

Arwah ada tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan namun hanya Nanak lelaki sulung berusia 40 tahun mengikuti jejak bapanya menjadi Tukang masak kenduri kahwin manakala yang lain berkerja di sektor awam Dan swasta.

Konflik tercetu apabila adik beradik lain mahu periuk belanga peninggalan arwah bapa mereka turut difaraidkan menyebabkan Abang sulung terasa hati kerana berpendapat dia sepatutnya mewarisi periuk belanga itu tanpa bantahan.

Penyelesaian

Disebabkan periuk dan belanga difaraidkan, barangan itu perlu dinilaikan sebelum dibahagikan sesama mereka mengikut pecahan masing-masing.

Siabang yang mahu meneruskan legasi bapa mereka terpaksa menebus kembali Periuk belanga daripada Lima adiknya yang maju Periuk belanga difaraidkan menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka terjejas.

Kes 2

Hubungan bapa dan anak renggang hanya semata-mata berebut sebuah motirsikal Honda 70cc dianggarkan bernilai RM 1,000.

Masalah bermula apabila anak sulung membeli motosikal terpakai Dan berkongsi Wang dengan dua adiknya, namun dia kemudian meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Motorsikal ITU menjadi rebutan kerana dua adiknya Si mati berasa mereka berhak ke atas motirsikal berkenaan kerana berkongsi Wang membeli Dan membaikinya.

Bagaimana pun bapa mereka berusia 60 tahun beranggapan dia lebih berhak ke at as kenderaan ITU atas kedudukannya sebagai ketua keluarga.

Penyelesaiannya

Mengikut hukum far aid, bapa berhak terhadap motorsikal ITU. Seleoas diberi nasihat dua anaknya mengalah,  namun tetap tidak berpuashati, menyebabkan hubungan anak beranak rosak.

Kes 3

Tiga anak dan ibu perang singing akibat seibu yang tidal tahu hukum far aid mengambil semua harta Lusaka arwah suaminya iaitu sebuah ladang saw it.

Wanita iru menikmati semua hasil RM 3000 sebulan dan tindakannya itu diketahui tiga anak lelakinya menyebabkan Si ibu disisih tiga anaknya yang tidal berpuashati.

Penyelesaian

Mengikut pembahagian faraid tiga  anak lelaki masing-masing berhak mendapat 7/24 daripada RM3,000 iaitu RM875 sebulan atau jumlah terkumpul menjadi RM 157,500 selama 15 tahun.

Hak Si ibu pula hanyalah 2/24 atau RM 375 sebulan atau 67,500 selama 15 tahun Dan haram hukumnya sekiranya dia mengambil lebih daripada itu.

Kes 4

Wanita berusia 60 tahun yang tidak berkahwin kecewa apabila dua adiknya mengagih-agihkan hartanya ketika dia nazak do hospital akibat serangan angina ahmar.

Dia mempunyai enam anak saudara yang dipelihara sejak kecil Dan bercadang mahu memberikan hartanya kepada mereka kerana dianggap seperti anak mereka sendiri.

Bagaimana pun dua adiknya yang Selama ini tidak mengendahkanya, datang ke rumah sebelum membahagikan harta sesama mereka harta seperti sofa proton saga blm set televisen Dan perabut rumah Latin.

Mereka berbuat demikian kerana tahu Dari berdasarkan pembahagian faraid. Mereka lebih berhak terhadap harta kakak berbanding anak sedara.

Penyelesaian

Bagi mengelakkan adiknya mendapat hartanya wanita itu menghibahkan harta kepada enam anak saudaranya yang yatim piatu dan dijaga sejak kecil lag I.

Kesimpulan

Maka wajarlah kita bersedia membuat persediaan Awal dengan membuat wasiat sebelum perkara yang tidak baik berlaku.

Dapatkan perkhidmatan wasiat di sini.



0 Komentar untuk "Berebut Harta akibat Jahil Agama"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info