Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi Akademik 2015/2016

Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi Akademik 2015/2016. Saya sukacita nak maklumkan bahawa permohonan secara online untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Diploma Kejururawatan di USM telah dibuka untuk sesi akademik 2015/2016.

Permohonan ke Program Diploma Kejururawatan USM secara online telah dibuka mulai 25 Februari 2015. Permohonan ini akan ditutup pada 6 April 2015. Dan proses temuduga akan mula dibuat sekitar Mei 2015 untuk kemasukkan pada bulan September 2015.

Permohonan Diploma Jururawat USM 2015/2016 Online

Kepada yang berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang kejururawatan dan mengambil Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk sesi 2015/2016, anda perlu memohon secara online menerusi laman web USM.

Tatacara Permohonan Secara Online Program Diploma Kejururawatan USM

Tatacara membuat permohonan online bagi program Diploma Kejururawatan USM 2015/2016 adalah seperti berikut:

Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.myyang boleh dicapai melalui laman web rasmi USMhttp://www.usm.my.

Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor Pin USM - JURURAWAT (RM60) di mana-mana cawangan BSN. 

Permohonan adalah melalui pembelian nombor PIN USM - JURURAWAT di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN, mesin ATM (bagi Pemegang akaun GIRO sahaja) atau Internet Banking (myBSN).

Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut:

 No. Kad Pengenalan / MyKadNo. Pin USM - JURURAWATKata Laluan (Ciptaan Sendiri 5-15 aksara)

Nama Ibu e. Alamat emel yang aktif dan betul Nombor Rujukan akan dipapar dan juga di emel setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.

0 Komentar untuk "Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi Akademik 2015/2016"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info