Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Bina simpanan Persaraan

Kenapa saya berani buat statement macam ini? Adakah kerana saya sudah mula melabur dengan unit trust? Ok, sebenarnya saya sudah mula jatuh cinta dengan ilmu UNIT TRUST di Malaysia. Rupa-rupanya memang senang gandakan duit dengan pelaburan UNIT TRUST ni.

 

Saya rasa sebagai Unit Trust Consultant, saya perlu didik dan ajar rakyat Malaysia untuk berani melabur duit dalam UNIT TRUST ini. Orang kaya yang sudah kaya, memang mereka sangat familiar dengan cara pelaburan UNIT TRUST ini tetapi mereka tidak dedahkan.

 

Kenapa? Oh, bukan sebab mereka kedekut ilmu tapi saya anggap mereka tiada masa nak berkongsi dengan anda semua. Jadi, inilah tugas kami. Mungkin, ada orang cakap “alah, unit trust consultant ni keje nak cari komisen saja”. Ya, memang sesetengah agent, memang niatnya begitu. Cari client, cakap sikit-sikit, dapat close sale dan lepas tu dapat komisen then “jalan”.

 

Saya sendiri tidak suka cara itu. Langsung tiada tanggungjawab. Rasanya, kita tahu dalam Islam pentingkan tanggungjawab dan amanah ni. Hmm, tapi biarlah. Hak masing-masing.

 

Ok, sambung berkenaan agenda simpan duit dalam unit trust (invest). Orang kita ni sebenarnya takut sebab beberapa alasan yang lepas saya buat sedikit survey.

 

1) Mereka takut nak bagi duit cash – takut duit lesap 2) Mereka tak percaya KEHEBATAN unit trust itu sendiri – padahal inilah rahsia orang-orang kaya lipatgandakan duit mereka! 3) Mereka takut kena tipu dengan agent – memang kena hati-hati 4) Mereka tak percaya duit RM50000 boleh beranak sampai RM 1 juta. Ingatkan cerita dongeng – nanti saya terangkan ya!

 

Mula-mula nak sambung bebel lagi pasal UNIT TRUST ni tapi mata mengantuk pulak. Tapi, jangan risau sebab saya akan sambung since ramai yang PM dekat Facebook personal saya tak sabar nak tahu macam mana nak invest dengan saham dana Islamik. InsyaAllah
0 Komentar untuk "Bina simpanan Persaraan"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info