Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Bila Line Internet Tergendala

Inilah sangat yang memedihkan @ membosankan bila capaian internet tergendal, bukan sejam atau dua jam tapi satu hari..jem kepala dibuatnya.

 

Apa nak buat terpaksa ke hulu ke hilir cari idea benda apa yang perlu buat untuk menghilangkan kebosanan..acu bagi idea.

 

Baca surat khabar..owh bagus juga idea tu, buka satu muka surat cerita politik, buka yang lain cerita pasal moral,gaduh, cemburulah, cuma ada cerita mengemparkan membaca kezaliman yang dilakukan puak pelampau is di timur tengah...kononnya agenda islam..tapi cara dia orang melayang tebusan aduh zalimnya,

 

Sangt-sangat tidak bersetuju dengan perkembangan budaya ini yang mana dibimbangi menjadi ikutan oleh puak pelampau yang lain. Kezaliman mereka terhadap tebusan tidak tercapai oleh dan melanggar undang-undang antarabangsa. Mereka membakar tebusan hidup-hidup...masyaallah zalimnya, di manakah keperimanusian mereka.

 

Ada di antara mereka pula disembelih hidup-hidup dan kepalanya dipenggal, bagi mereka yang membaca mungkin merasa gerun sahaja tetapi bagi mereka yang melihat secara live pasti akan trauma.

 

Marilah bersama-sama mendoakan kesejahteraan ke atas mereka yang ditimpa musibah ini dan kezaliman yang melampau, dan mengharapkan Allah sentiasa memberikan pertolongan yang ditimpa kezaliman ini.

 

Kita seharusnya merasa bersyukur kerana kita hidup aman di negeri bertuah ini, nilai kemanusiaan terjaga berbanding di negara bergolak, untuk memastikan kesejahteraan terjaga sentiasalah berdoa kepada Allah dan menjauhkan diri kita daripada kemungkaran.

 

0 Komentar untuk "Bila Line Internet Tergendala"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info