Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

JAUH DARIPADA RIBA

Adakah kita sensitif dengan simpanan yang kita buat. kenal pasti di mana kita simpan dan skim simpanan yang mengikut piawaian islamik...ATAU anda tidak mengambil berat tentang halal dan haram. Saya bukanlah ustaz tetapi saya suka membincangkan tentang hal ini. Saya pernah menemukan seorang pelanggan dan mengsyorkan simpanan di Unit Amanah, saya dimaklumkan bahawa dia lebih menyukai menyimpan di institusi ini kerana amat menguntungkan. Kemudianya saya menceritakan bahawa institusi tersebut tidak menjalankan financial islamic kerana saya pernah bertugas di situ..tetapi dia diam dan tidak serius untuk mengetahui. Saya tidak boleh memberitahu syarikat tersebut kerana akan menjatuh imej tetapi di manakan tempat dia melabur di magnun/Genting Berhad dan Syarikat minimum keras....saya perlu memberi tahu kepada beliau tentang itu bukan tujuan untuk memburuk atau menfitnah tetapi kerana beliau adalah ayah saya sendiri...sedihnya, apakan daya kewajipan saya telah saya buat... Berjudi jelas haram Minimun keras riba kebiasaanya kita berusaha untuk elakkan tetapi kurangnya kemahiran dan pengetahuan maka kita terjebak dalm 3 perkara tersebut. RIBA Apa itu Riba’? Takrifan ringkas riba’ ialah merupakan sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (barang ribawi)(1). Ia merangkumi merangkumi riba daripada hutang (riba ad-Duyun) dan riba melalui pertukaran barangan ribawi (riba al-Buyu’). Apa pula Riba’ ad-Duyun dan riba al-Buyu’? Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba’? A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba. Firman Allah swt: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279) Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.” Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah. B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan. Firman Allah swt: “Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276) C) Seperti berzina dengan Ibu Bapa Sendiri. Nabi saw Bersabda: “Riba’ mempunyai 72 pintu. Riba’ yang paling ringan dosanya ialah seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (Riwayat at-Tabrani, 7/158; al_Hakim, Sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim) Mari kita buka mata dan hati, betapa beratnya ancaman Allah terhadap orang yang mengamalkan riba dalam kehidupan seharian. D) Lebih berat Daripada 36 Kali Berzina. Nabi saw bersabda: ” Satu dirham riba’ yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali.” (Riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni) E) Salah Satu Daripada 7 Dosa Besar. Nabi saw bersabda: ” Jauhilah 7 dosa besar; syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba’, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan(kerana takut), dan menuduh perempuan yang suci berzina(tanpa saksi adil).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Fahami apa itu riba’, jenis-jenisnya dan apa ancaman yang datang dari Allah dan Rasulnya bagi sesiapa yang mangamalkan riba’ dalam kehidupan meraka. Semak semula, dari mana sumber pendapatan kita selama ini. Semoga kehidupan kita bebas riba dan larangan-larangan yang lain. Nota: (1) Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: “Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.” (Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)
0 Komentar untuk "JAUH DARIPADA RIBA"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info