Menulis artikel ini kerana tertarik dengan penulisan sifu blog hasrullah..
Tentang cara melupuskan Al-Quran
Ketertiban penting dalam menguruskan hal ini cuma dalam entry ini ada sedikit pertambahan berhubung melupuskan Al-Quran.
PROGRAM PELUPUSAN AL-QURAN
Menariknya program lawatan saya ke percetakan saufi lebih kurang namanya di hulu langat..pengisian program itu adalah melihat dengan lebih dekat tentang kaedah melupuskan Al-quran..memang rasa bertanggung terhadap hal ini bagi memelihara kesucian kitab ini..insyaallah saya Cuba akan upload video semasa lawatan tu nanti.
Ini adalah sebahagian video pendek bagaimana al-quran yang telah dibakar kemudian dijadikan kiub dan menjadi putih, untuk pengetahuan abu abu al-quran tidak hangit dan busuk, itu adalah pengalaman saya semasa melihat program pembakaran al-quran, kalau orang lain saya tidak tahu lah
Kenapa Kita Jadikan abu Al-Quran menjadi kiub
Ok, kitakan abu itu menjadikan kiub disebabkan kelebihannya mudah dibawa dan dibuang ke laut, ini kerana pengalaman yang sudah pihak KDN telah membuang abu al-quran, apa yang didapati ketika membuangnya sebahagian abu tersebut berterbangan ditiup angin sebelum jatuh ke laut. Maka dengan pengalaman tersebut abu itu dikiubkan dan apabila kita hendak membuangnya ianya tidak berterbangan dan mudah untuk dibuang.
Pelupusan Al-Quran Berserta Niat
Apabila kita berhasrat untuk membuat pelupusan al-quran kita perlu memasang niat, niatnya mudah aje bahasa melayu pun boleh, antaranya niat : bahawasanya hambamu bertindak membakar al-quran ini untuk memilihara kesucian kitab ini daripada keburukan dan penghinaan oleh sesuatu perkara. Sejarah membakar dan membolehkan pembakaran al-quran ada tuan/puan boleh cari, saya tidak sempat menceritakan di sini.
Langkah Pertama sebelum operasi pembakaran Al-Quran
1. Perlu dalam keadaan wudhuk.
2. Helai kitab di carik-carik sebelum di bakar.
3. Membakar kitab ini dengan menggunakan api yang sangat kuat, agar pembakaran boleh berlaku secara sempurna dan akhirnya nanti kita akan dapat abu al-quran itu bersih dan insyaallah wangi.
Selepas Membakar
Abu al-quran itu kita masukkan dalam baldi dan campurkan sedikit air biasa dan campurkan sedikit air zam-zam kalau ada kemudian kita sejatkan beberap tempoh tertentu mungkin sehari atau mungkin dua hari...keputusannya nanti abu itu nanti akan menjadi kiub..
masukan ke dalam guni untuk bersedia bawa ke laut atau sungai. Jika di laut pastikan jangan di tepi laut kerana abu itu nanti akan dibawa ke darat..sebaiknya di tengah laut..boleh kirim ke nelayan jika tidak ke laut..
Oh lupa nak ingatkan air basuhan abu al-quran sebelum ia dikiubkan jangan buang merata-rata kerana ia sebahagian daripada kitab. dan satu lagi semasa pembakaran sebaiknya bukan tempat terbuka atau laluan orang ramai.
Selain itu semasa pembakaran lakukan secara bertutup. Supaya abu tidak berterbangan. janganlah tutup semua nanti api terpadam pula.
Diperingatkan juga abu al-quran boleh juga ditanam tetapi pastikan bukan laluan mudah bagi orang lalu lalang kerana dibimbangi dilangkah atau sebagainya..labelkan tempat abu ditanam supaya semua orang maklum.
OK demikian sharing saya jika ada penambahan boleh komen k
0 Komentar untuk "Keajaiban Al-Quran Dan Kaedah Membakar Atau Melupus Al-Quran"