Wednesday, 18 February 2015

Apa itu sakit GOUT?

Pengenalan

 Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik didalam badan. • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin) • 

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. • 

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. gout

Tanda Gout • 

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. •
 Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. • 

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. • 

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. • 

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. • 

Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. •

 Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Rujukan Produk Arab

No comments:

Post a Comment