Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

Bandar Indera Mahkota

Lokasi Yang Sangat menarik untuk kediaman dan pusat perindustria.

Bandar Indera Mahkota ialah bandar baru di KuantanPahangMalaysia. Bandar ini dibuka pada 1983. Dahulunya tempat ini lebih dikenali sebagai Atabara(sebelum dibangunkan). Bandar ini merangkumi lebih 10 taman perumahan dan beberapa tapak perindustrian. Bandar Indera Mahkota menggunakan poskod25200.

Bandar Indera Mahkota terletak kira-kira 4 km dari Bandar Kuantan. Ia juga menjadi laluan utama bagi pengguna jalan raya dari Kuantan menggunakanLebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui persimpangan Kuantan. Bandar Indera Mahkota juga boleh dihubungkan antara Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shahdan Gambang melalui Lebuhraya Pintasan Kuantan.ia juga mempunyai sebuah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang padat iaitu di kawasan Kampung Padang atau dikenali Taman Impian yang menjadi bandar baru di kawasan Kuantan. Kampung Padang ini mempunyai beberapa buah pasaraya iaitu jaya gading, eng hong, terus maju , ten ten serta banyak lagi.Kemudahan yang lain juga lengkap seperti kawasan medan makan yang cukup besar, terminal, klinik,sekolah dan lain lain.




0 Komentar untuk "Bandar Indera Mahkota"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info