Hijrah Portfolio

Blog ini menampilkan pelbagai info yang mencakupi bidang perubatan, hartanah, semasa, unit amanah, pendidikan

PENTING..!!! : CARA-CARA MEMBUAT LAPORAN PADA PENIPU ONLINE (SCAMMER) YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB

��✌️ PENTING..!!! : CARA-CARA MEMBUAT LAPORAN PADA PENIPU ONLINE (SCAMMER) YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB.

Semakin hari semakin ramai pula keluarkan isu ditipu dengan pembelian online. Mereka dikatakan telah membeli produk secara online, dan tidak menerima barangan selepas membuat pembayaran.

Ada jalan penyelesaian untuk mereka yang ditipu dengan pembelian online. Saya terjumpa maklumat ni dari komen facebook. Mangsa tersebut telah membuat laporan kepada tribunal dan kes tersebut telah dibicarakan. Akhirnya, mangsa mendapat semula duit bayaran yang dibuat untuk pembelian online.

Apa yang anda perlu pastikan adalah, resit atau bukti pembayaran hendaklah di simpan. Sekiranya anda membuat pembayaran online, anda boleh printscreen bukti atau klik ‘print’ dan ‘save as’ pdf untuk simpanan. Apabila anda mendapati penjualan online tersebut adalah penipuan anda boleh melaporkan kepada tribunal pengguna.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau lebih mesra dikenali sebagai Tribunal Pengguna ada cawangan di setiap negeri. Anda boleh semak di sini http://ttpm.kpdnkk.gov.my/. Cara-cara untuk membuat laporan seperti berikut.

Pergi cawangan Tribunal Pengguna yang berdekatan.
Buka fail dengan bayaran RM5
Pastikan anda membawa sekali bukti pembayaran/bank statement, dan segala maklumat mengenai penipu tersebut. Penting.. ALAMAT!!
Kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, penipu akan di arahkan oleh mahkamah untuk membuat pembayaran balik kepada anda.
take note: kalau tiada bukti pembayaran yang dibuat melalu internet banking, rasanya boleh minta bank keluarkan resit ..tapi makan masa. Itu atas urusan anda dan pihak bank. Mereka boleh bantu..

Comment yang saya copy dari salah seorang mangsa yang sudah buat laporan.

“bawak je ke Tribunal Pengguna.. buka fail RM5.. saya dah buat.. Hakim perintahkan dia byr balik dlm tempoh 14 hr.. klu tak penjara 2 thn @ denda rm5k @ kedua2 sekali.. tp kena bwk bank statement yg tunjukkan kita transfer duit kat dia.. itu je.. saya dah MENANG” – Facebook

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

3) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

4) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

langgan info dari kami :

SERVER 2 - https://telegram.me/joinchat/AxyFaDvmVrRM_O64IQDZVg

SERVER 3 - https://telegram.me/joinchat/AxyFaALhoTJsYjlxMMfCUg

@networkmalaysia_bot
@networkmalaysiamarket_bot

invite kami dalam group anda kemudian beri command

0 Komentar untuk "PENTING..!!! : CARA-CARA MEMBUAT LAPORAN PADA PENIPU ONLINE (SCAMMER) YANG TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB"
P

Copyright © 2014 Hijrah Portfolio - All Rights Reserved
Template By Catatan Info